Puad Zarkashi menggesa Majlis Ulama Umno tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan Hadi Awang mengumpamakan CSA yang ditandatangani antara kerajaan dan tujuh Ahli Parlimen pembangkang sebagai penipuan dajal.PETALING JAYA: Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada Umno turut dianggap 'dajal kecil' susulan Presiden PAS Hadi Awang menyifatkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara kerajaan dan tujuh Ahli Parlimen pembangkang dengan istilah itu.
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata kenyataan Hadi seolah-olah menggambarkan CSA sebagai sesuatu yang haram, sedangkan Umno merupakan antara parti yang membentuk kerajaan perpaduan.
“Menurut Hadi ia adalah dajal kecil yang menjadi tentera kepada dajal besar. Apakah itu bermakna Umno juga adalah dajal kecil kerana Umno anggota kerajaan perpaduan,” katanya di Facebook.









