BATU PAHAT: Pemandu lori membawa muatan tar yang terbabit dalam kemalangan sehingga mengorbankan sepasang suami isteri di Jalan Yong Peng-Muar, dekat Parit Yaani, Ahad lalu, direman empat hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman, di sini, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah sekitar jam 8.15 pagi bagi prosiding permohonan mendapatkan reman.
Semalam, lelaki itu dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) selepas menerima rawatan kerana turut cedera dalam nahas berkenaan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Farmizan1_789754.png&w=480&output=webp&q=85&we)