SHAH ALAM: Penyanyi Shiha Zikir, 39, memilih menyerahkan sepenuhnya urusan jodoh kepada ketentuan Allah SWT meskipun persoalan mengenai perkahwinan sering diajukan kepadanya sejak beberapa tahun lalu.

Shiha atau nama sebenar, Nurshiha Mohd Zikir menganggap perjalanan hidup ketika ini sebagai rezeki besar kerana berpeluang memberi perhatian dan menjaga ibunya, Rohana Ibrahim, 68, yang berdepan masalah kesihatan.

"Saya seperti sudah takut untuk menjawab persoalan mengenai perkahwinan. Sebelum ini, saya pernah bercakap mengenai soal kahwin, tetapi jika sudah sampai masanya, saya akan maklumkan kepada semua.

"Kalaupun belum diberi peluang berkahwin, saya percaya ini adalah rezeki yang sangat besar kerana dapat meluangkan masa dan menjaga emak.