WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan Washington akan menamatkan bantuan tahunan bernilai AS$3.8 bilion (RM15.47 bilion) kepada Israel.

Pengumuman itu dibuat pada hari pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan isu sokongan terhadap Israel menjadi topik perdebatan hangat.

"Kami memberikan Israel AS$4 bilion (RM16.28 bilion) setahun dan kami sudah mencapai persetujuan beberapa bulan lalu bahawa bantuan itu akan dihentikan," kata Trump dalam satu temu bual melalui telefon bersama Fox News.

Trump mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tidak mempunyai masalah dengan keputusan untuk menamatkan bantuan berkenaan.