Indonesia telah terima tawaran bantuan daripada Malaysia, termasuk sebuah pesawat amfibia CL-415MP dan helikopter Mi-171 dengan 44 anggota, sokong operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia akan mengadakan perbincangan teknikal dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berhubung tawaran Malaysia bagi membantu memadamkan kebakaran hutan dan tanah.
Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB Berton Panjaitan berkata, perbincangan teknikal yang diselaraskan oleh Kementerian Luar Indonesia itu akan merangkumi aspek kesesuaian bantuan, kesiapsiagaan penugasan, keperluan logistik serta prosedur keselamatan penerbangan.






