KUALA LUMPUR: Garis panduan berkaitan khidmat badal haji sedang dirangka untuk dibentangkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum dijadikan rujukan kepada masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi kajian oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi meneliti aspek kebolehlaksanaan perkhidmatan itu, sama ada ditawarkan syarikat atau individu.
Beliau berkata, pada masa sama, JAWHAR dan Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus menjelaskan mengenai badal haji melalui sesi penerangan, kesedaran dan hebahan melalui tazkirah di masjid dan surau, kempen di media sosial dan siri jelajah ke seluruh negara.









