Exco Kelantan Hilmi Abdullah, berkata satu garis panduan mengekang rakyat Kelantan menyewakan tanah serta rumah warga asing akan dibincang dengan Pejabat Tanah dan Galian. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan akan mempertimbang cadangan mewujudkan garis panduan sewa tanah dan rumah kepada warga asing termasuk pelarian Myanmar bagi mengelak koloni.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah, berkata pihaknya akan berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai kaedah bersesuaian mengawal perkara berkenaan.

Beliau berkata, langkah itu sebagai kawalan untuk mengelakkan kewujudan kelompok atau koloni warga asing yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat.