KAJANG - Seorang lelaki tempatan cedera selepas dipercayai diserang tiga individu yang menggunakan senjata tajam di Bandar Tun Hussein Onn di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan cedera di lengan kiri di kaki lima sebuah premis perniagaan.Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.55 petang hari sama."Mangsa berusia 30 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut, lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, polis sedang mengesan ketiga-tiga suspek berkenaan."Motif kejadian masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi menerusi talian 013-6232713 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222," ujarnya.
Polis buru tiga individu bersenjata tajam serang lelaki

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 30 tahun cedera di lengan kiri selepas diserang tiga suspek bersenjata tajam di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, pada Selasa. Polis sedang memburu suspek dan menyiasat motif kejadian tersebut.
- Kejadian berlaku pada Selasa kira-kira jam 4.59 petang di kaki lima sebuah premis perniagaan.
- Mangsa kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan lanjut di Hospital Kajang.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
- Polis meminta orang ramai menghubungi Inspektor Afiq Rifdi atau IPD Kajang jika ada maklumat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Polis buru tiga individu bersenjata tajam serang lelaki (this story)








