KUALA LUMPUR – Persoalan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan pelaksanaan aturan tahanan rumahnya masih belum terjawab.Ini selepas peguam utamanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan beliau belum menerima sebarang arahan daripada bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung pembayaran berkenaan setakat ini.Menurutnya, barisan peguam juga tidak dapat menjangkakan sama ada pembayaran itu akan dibuat dalam minggu ini."Saya tidak dapat meramalkan. Setakat yang saya ketahui, sehingga hari ini, tiada arahan," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini.Muhammad Shafee berkata, spekulasi mengenai kemungkinan pembayaran denda itu dibuat pada Rabu didorong oleh laporan media.Media melaporkan, Najib dijangka melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, bagi membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Sebelum ini, Shafee mengesahkan lokasi tahanan rumah yang dinyatakan dalam dokumen yang diperoleh ialah di kediaman Najib di No. 11, Langgak Duta.Oktober lalu, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman memaklumkan Jabatan Penjara Malaysia telah memberikan penjelasan lanjut mengenai mekanisme tahanan rumah kepada Najib.Pada 19 September lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Penjara Malaysia dijangka menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Najib yang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas masing-masing tiga pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta satu pertuduhan salah guna kedudukan.
Najib belum beri arahan bayar denda RM50 juta – Peguam

Key takeaways
Peguam Najib belum menerima arahan untuk bayar denda RM50 juta, sehingga kini belum ada kejelasan tentang pembayaran tersebut.
- Najib belum beri arahan untuk bayar denda RM50 juta.
- Peguam tidak pastikan sama ada denda akan dibayar dalam minggu ini.
- Laporan media menyebut Najib mungkin bayar denda pada Rabu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Free Malaysia Today , Utusan Malaysia , Kosmo , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Najib masih belum bayar denda RM50 juta
- Malaysiakini (BM) Najib bayar denda RM50 juta hari ini? Belum ada arahan, kata peguam
- Free Malaysia Today Peguam Najib tak terima arahan bayar denda RM50 juta hari ini
- Sinar Harian Najib belum beri arahan bayar denda RM50 juta – Peguam (this story)









