SHAH ALAM: Sebanyak 1,161 pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti untuk beroperasi di seluruh Selangor bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2026 yang dijangka berterusan sehingga Mac 2027.
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, berkata persiapan itu menjadi antara keutamaan kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas sentiasa terpelihara, khususnya ketika berdepan risiko hujan lebat, limpahan sungai dan fenomena air pasang besar.
"Daripada jumlah keseluruhan PPS berkenaan, 696 membabitkan sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM), 242 dewan, 135 balai raya, manakala selebihnya sekolah bukan seliaan KPM, masjid, surau dan pusat komuniti.








