MELAKA: Pilihan raya tidak seharusnya dijadikan medan permusuhan antara pihak yang bertanding, sebaliknya perlu dilihat sebagai proses demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat menentukan pemimpin mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata persaingan politik khususnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu berlangsung atas semangat menghormati hak pengundi memilih wakil rakyat yang akan berkhidmat bagi tempoh lima tahun akan datang.
"Pertandingan ini adalah pertandingan memilih wakil rakyat iaitu kita beri peluang kepada semua rakyat di Ayer Molek ini untuk memilih pemimpin mereka untuk lima tahun akan datang.
"Jadi, sudah tentu pemilihan ini adalah bukan kita nak buat musuh dengan mana-mana pihak.









