PETALING JAYA – Gara-gara beberapa laluan ditutup akibat banjir, seorang pengguna Threads terpaksa berpusing hampir sejam ketika dalam perjalanan ke pejabat di Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.

Situasi itu tular selepas pengguna tersebut, @yayatoya_ berkongsi pengalaman berdepan kesukaran untuk ke tempat kerja susulan beberapa laluan yang didakwa tidak dapat dilalui akibat dinaiki air.

“Dah sejam pusing-pusing nak pergi office semua jalan tutup. Seksyen 13 Shah Alam naik air,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa kecewa apabila isu banjir di sekitar Shah Alam dilihat masi