Tumpat: Agihan makanan dan keperluan yang mula dibuat oleh pelbagai pihak bagi berdepan monsun timur laut (MTL) melegakan lebih 3,000 penduduk membabitkan 12 kampung di kepulauan di sini.

Tidak berharap kepada bantuan semata-mata, ada sebahagian penduduk kampung sudah mula membuat pembelian dan menyimpan stok makanan kering untuk digunakan pada musim itu.

Penduduk Kampung Teluk Renjuna, Mohd Faiza Ibrahim, 46, berkata, pada musim tengkujuh, sebahagian besar penduduk tidak keluar kerana selain berdepan dengan hujan berterusan, air sungai juga meningkat.

"Keadaan bertambah sukar jika disertai dengan angin kencang yang dibimbangi berlaku kejadian pokok tumbang memandangkan perkampungan kami di sepanjang delta Sungai Kelantan dipenuhi pokok kelapa.