NEW YORK: Lebih 290,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing sejak awal Ogos susulan kembali tercetusnya konflik di Yaman, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
PBB memberi amaran bahawa pertempuran itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda, dengan ribuan wanita hamil turut menjadi antara mereka yang kehilangan tempat tinggal.
Dana Kependudukan PBB (UNFPA) menganggarkan hampir 6,100 wanita hamil termasuk dalam kalangan penduduk yang baru dipindahkan, termasuk 600 yang dijangka melahirkan anak dalam tempoh dua minggu akan datang, kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric.
Agensi itu telah mengerahkan pasukan bergerak dan bidan ke pusat-pusat pemindahan dan menyalurkan bekalan kesihatan ibu.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fdw_580468.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

