PENGORBANAN dan sumbangan selama berpuluh tahun dalam industri seni akhirnya menerima satu lagi pengiktirafan bermakna apabila seniman tersohor, Datuk Rahim Razali dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026.Pengiktirafan berprestij itu disampaikan pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Sabtu.Rahim yang juga bekas pengulas sukan menerima anugerah tersebut daripada Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Lebih istimewa, beliau membawa pulang sebuah Proton e.MAS 7 bernilai RM150,000, wang tunai RM10,000, sumbangan RM8,000 daripada CIMB serta pakej percutian tiga hari dua malam di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur bernilai RM1,000.Ketika ditemui, Rahim tidak dapat menyembunyikan rasa syukur dan terharu apabila menerima pengiktirafan yang disifatkan sebagai antara penghormatan paling bermakna sepanjang perjalanan seninya."Syukur, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kementerian Komunikasi, khususnya kepada Fahmi Fadzil dan semua yang menghadiahkan saya anugerah ini."Inilah satu-satunya anugerah yang sangat saya kagumi. Saya berasa amat bertuah menerimanya selepas berpuluh tahun berkhidmat."Walaupun saya tidak pernah berkhidmat secara tetap (full time) bersama RTM, namun komitmen yang saya berikan adalah lebih daripada itu," katanya.Pengiktirafan tersebut sekali gus menjadi simbol penghargaan terhadap sumbangan Rahim yang telah lama mewarnai industri hiburan dan penyiaran tempatan.Sepanjang perjalanan kerjayanya, Rahim dikenali sebagai anak seni serba boleh yang berkecimpung dalam bidang lakonan, pengarahan serta pengacaraan dan pengulasan sukan.Keupayaannya membawa pelbagai watak serta penglibatan dalam dunia penyiaran menjadikan namanya antara figura yang cukup dihormati dalam industri kreatif tanah air.Sementara itu, Anugerah Khas Juri pada malam berkenaan menjadi milik Khiu Siaw Fong menerusi karya animasi Kumang And The Ungrateful Python.Kemenangan tersebut melayakkannya menerima trofi, wang tunai RM8,000 serta sebuah Perodua QV-E bernilai RM80,000.ASA 2026 yang memasuki edisi ke-37 mengangkat tema Segalanya Bermula Di Sini dengan mempertandingkan 60 kategori merangkumi televisyen, radio dan media baharu, selain dua anugerah khas.Majlis berkenaan turut dikendalikan oleh dua pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad.Penganjuran tahun ini juga diraikan dengan konsep persembahan muzikal Broadway bersempena ulang tahun ke-80 Jabatan Penyiaran Malaysia. - Gempak
'Inilah anugerah yang sangat saya kagumi'- Rahim Razali terharu dinobat Tokoh Seri Angkasa 2026

Key takeaways
Datuk Rahim Razali dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 dan menerima hadiah bernilai tinggi.
- Rahim Razali menerima anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
- Beliau menerima hadiah berupa kereta Proton e.MAS 7, wang tunai, dan pakej percutian bernilai RM161,000.
- Rahim menyifatkan anugerah itu sebagai penghormatan paling bermakna dalam perjalanan seninya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Inilah anugerah yang sangat saya kagumi'- Rahim Razali terharu dinobat Tokoh Seri Angkasa 2026 (this story)









