IPOH - [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa memberi peluang kepada Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain untuk terus menerajui Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berdasarkan pengalaman luas serta kepakaran dalam bidang penguatkuasaan serta keselamatan negara.Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah berkata, pengalaman bekas pegawai kanan polis itu dalam aspek kepimpinan operasi dan pengurusan keselamatan tidak seharusnya diketepikan hanya kerana beliau sedang berdepan dakwaan atau prosiding undang-undang tertentu.Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tugas menjaga keselamatan sempadan negara bukan tanggungjawab pentadbiran biasa sebaliknya memerlukan keberanian, disiplin, pengalaman serta kepimpinan yang kukuh."Pengalaman tidak boleh dibeli, manakala kepakaran operasi tidak boleh dibentuk dalam tempoh singkat."Kita perlu menghargai dan memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan serta pengalaman pegawai berkemampuan yang telah mendedikasikan kerjaya mereka untuk melindungi negara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Murugiah berkata, Malaysia mempunyai sempadan darat dan maritim yang luas serta berdepan pelbagai ancaman keselamatan termasuk penyeludupan, pendatang asing tanpa izin (PATI), pemerdagangan manusia dan kegiatan jenayah rentas sempadan.Justeru, katanya, kepimpinan berpengalaman amat diperlukan bagi memastikan operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berkesan melalui penyelarasan dan tindakan tegas.Beliau menegaskan gesaan itu bukan bermaksud mempertahankan sebarang salah laku atau mempersoalkan proses perundangan yang sedang berjalan."Undang-undang mesti berjalan dan tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. Bagaimanapun, kita juga perlu ingat seseorang tidak seharusnya dihukum sebelum mahkamah membuat keputusan."Saya percaya Datuk Seri Mohd Shuhaily masih mempunyai banyak sumbangan untuk diberikan kepada Malaysia, khususnya dalam bidang keselamatan sempadan yang amat mencabar," katanya.Sehubungan itu, Murugiah menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan kerajaan meneliti perkara berkenaan secara adil serta mengambil kira pengalaman, rekod perkhidmatan dan potensi sumbangan Mohd Shuhaily kepada keselamatan negara.Beliau turut meminta kerajaan memberikan penjelasan mengenai pengaturan kepimpinan semasa AKPS bagi memastikan operasi penguatkuasaan sempadan tidak terjejas akibat kekeliruan.
Shuhaily perlu kekal terajui AKPS - Murugiah

Key takeaways
Murugiah menyeru kerajaan mempertahankan Shuhaily sebagai ketua AKPS kerana pengalamannya dalam keselamatan negara.
- Murugiah menegaskan pengalaman Shuhaily dalam kepimpinan dan keselamatan tidak boleh diabaikan.
- Tugas menjaga sempadan memerlukan kepimpinan yang kukuh dan pengalaman luas.
- Gesaan ini tidak bermaksud mempertahankan kesalahan, tetapi memastikan operasi berkesan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Mohd Shuhaily kembali ke pangkuan PDRM lepas khidmat di AKPS tamat
- Malaysiakini (BM) Kembali bertugas di AKPS, Shuhaily pengerusikan mesyuarat strategik
- Sinar Harian Shuhaily perlu kekal terajui AKPS - Murugiah (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fdw_580468.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
