WASHINGTON: Ketua Demokrat bagi Senat Amerika Syarikat (AS), Chuck Schumer, berkata "kami akan menamatkan perang" dengan Iran dan akan ada sokongan daripada beberapa anggota Senat daripada Parti Republikan, lapor Xinhua.
"Kami akan menamatkan perang. Sudah ada beberapa anggota Republikan yang menyertai kami dalam usaha menamatkan perang ini. Bapa-bapa pengasas negara telah menetapkan 'kuasa ke atas perbelanjaan' (power of the purse) sebagai antara satu cara untuk mengekang presiden yang melancarkan perang tanpa persetujuan rakyat Amerika," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Jawatankuasa Kempen Senator Demokrat, di Washington, semalam.
Kenyataan Schumer itu dibuat beberapa jam selepas pemilihan ketika Parti Demokrat dijangka mengambil alih kawalan Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal.









