TANGGAPAN bahawa bandar raya ini sukar untuk mendapatkan makanan halal atau kemudahan solat kini tidak lagi relevan bagi pengembara Muslim dari Malaysia.

Hong Kong kini mengukuhkan kedudukannya sebagai antara lokasi pelancongan paling mesra Muslim di dunia selepas mencatatkan pencapaian cemerlang dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2026.

Laporan terbaharu terbitan CrescentRating dan Mastercard itu menyaksikan bandar raya berkenaan melonjak ke kedudukan kedua terbaik dunia bagi kategori destinasi di luar kawasan dunia Islam.

Lebih membanggakan, Hong Kong turut merampas takhta kedudukan pertama sebagai Destinasi Pelancongan Mesra Muslim dan Mudah Diakses (Non-OIC), selain meraih tempat kedua bagi kategori Destinasi Pelancongan Mesra Muslim untuk Wanita (Non-OIC).