ALOR GAJAH: Kestabilan politik dan kejelasan dasar ekonomi negara menjadi antara faktor yang mendorong keyakinan Google untuk melabur sebanyak RM61 bilion di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, Ruth Porat, selepas menilai beberapa destinasi pelaburan, termasuk negara lain di rantau ASEAN.
Beliau berkata, pelabur antarabangsa memerlukan persekitaran politik yang stabil, dasar ekonomi yang konsisten serta kecekapan pentadbiran sebelum membuat komitmen pelaburan berskala besar.
"Kekuatannya, kata dia pilih Malaysia kerana negara ini politiknya stabil. Tidak kucar-kacir, ada sikit-sikit rungutan biasa.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F70335092e3439414d20595bbd293b337.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
