KUALA LUMPUR : Penerbit dan pengarah filem, Faisal Ishak, 56, menyifatkan keluarga turut berperanan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak untuk mendidik adab, sikap dan disiplin.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai masalah sikap, adab dan disiplin yang berlaku kepada anak-anak ketika ini dikatakan berpunca dari rumah, lebih-lebih lagi dalam pengaruh meluas media sosial.

Faisal berkata dia bersetuju bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak dan rumah ialah tempat pertama mereka belajar tentang adab, empati, rasa hormat dan cara melayan orang lain.

"Bagaimanapun, kita juga tidak boleh menyalahkan ibu bapa semata-mata kerana setiap anak berhadapan dengan pengalaman, tekanan rakan sebaya dan pengaruh persekitaran berbeza.