KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen pembangkang pagi sesi sebelah pagi tadi mempertikai ketidakhadiran sama ada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad atau Timbalannya, Datuk Hanifah Hajar Taib dalam Dewan Rakyat bagi tujuan menjawab soalan diajukan.
Ketidakhadiran mereka disedari selepas Timbalan Yang Dipertua, Alice Lau meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan mengajukan soalan ketiga pada senarai aturan urusan mesyuarat yang ditujukan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan melalui penjelasan diberikan memaklumkan Hanifah Hajar yang sepatutnya menjawab soalan itu sebenarnya hadir di Parlimen dan ketika isu timbul, Timbalan Menteri Kesihatan berkenaan sedang mengadakan perbincangan akhir bersama pegawainya di ruang luar Dewan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F70335092e3439414d20595bbd293b337.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
