Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) tampil menjelaskan isu menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad atau timbalannya, Datuk Hanifah Hajar Taib tidak hadir menjawab soalan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi tadi.
KKM menjelaskan, Hanifah Hajar hadir di Parlimen dan ketika isu timbul, beliau mengadakan perbincangan akhir bersama pegawainya di ruang luar Dewan.
Katanya, ia bagi persiapan menjawab soalan ketiga di bawah Aturan Urusan Mesyuarat (AUM).
Bagaimanapun KKM berkata, soalan kedua terpaksa ditangguhkan saat akhir susulan kelewatan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang sepatutnya mengemukakan soalan berkenaan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F70335092e3439414d20595bbd293b337.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
