Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, yang kali kesembilan berturut-turut sejak Julai 2025.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dalam mesyuarat semalam memutuskan untuk mengekalkan kadar berkenaan, dengan pendirian dasar monetari semasa dilihat masih sesuai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan dan kestabilan harga.
Keputusan itu juga bermakna, MPC mengekalkan OPR dalam enam mesyuarat dasar monetari yang diadakan sepanjang tahun ini.
BNM berkata, pada paras OPR semasa, pendirian dasar monetari adalah selaras dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi mampan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F12%2F4754873d2a5bd3e270f2a0a1a6b3f5c6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
