Bank Negara Malaysia berkata asas ekonomi negara kukuh dijangka mengekalkan daya tahan pertumbuhan pada 2027, dengan sektor luaran kekal sebagai pemacu utama.PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75%, mengambil kira pertumbuhan ekonomi berdaya tahan dan prospek inflasi stabil.
Katanya, petunjuk terkini menunjukkan ekonomi Malaysia terus kukuh pada suku ketiga 2026, disokong prestasi eksport kukuh dan permintaan domestik mampan.
Jelasnya, tahap OPR semasa konsisten dengan prospek kestabilan harga berterusan dan pertumbuhan ekonomi mampan.
"Menjelang 2027, perkembangan geopolitik, harga komoditi global yang tinggi dan keadaan cuaca buruk dijangka terus memberi tekanan menaik terhadap inflasi.









