Zahid Hamidi yang juga menteri luar bandar dan wilayah diminta beri penjelasan susulan usul dikemuka untuk merujuknya ke jawatankuasa khas Parlimen kerana didakwa keluar kenyataan mengelirukan dewan.PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi diminta memberi penjelasan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Khamis depan berkait dakwaan percanggahan kenyataan projek Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) seperti diarahkan Speaker Johari Abdul.

Zahid yang juga menteri kementerian tersebut diminta berbuat demikian dalam surat bertarikh 4 Nov dikeluarkan Johari, lapor Berita Harian.

Ia susulan usul dikemuka Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, kelmarin, untuk merujuk Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan mengelirukan dewan.