Rembau: Selepas berhari-hari mencetuskan keresahan penduduk dan mengancam kawasan ternakan, seekor harimau kumbang jantan dewasa akhirnya berjaya ditangkap di Kampung Batang Nyamor di sini, malam tadi.

Haiwan liar seberat 50 kilogram (kg) itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kehadiran haiwan liar itu di kawasan ternakan persendirian milik penduduk kampung pada 29 Oktober lalu.

"PERHILITAN terus memasang perangkap pada hari sama bagi menangkap haiwan berkenaan.