JAKARTA: Pentas Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2026 bukan sekadar medan meraikan kecemerlangan muzik, malah menjadi ruang buat penggiat seni menyuarakan kebimbangan terhadap isu kebakaran hutan, bencana alam dan ketidakadilan yang membelenggu masyarakat.

Menerusi ucapan ketika menerima trofi pada acara yang berlangsung di Jakarta, semalam, beberapa pemuzik menggunakan kesempatan itu untuk menyampaikan solidariti kepada mangsa bencana, selain menyeru masyarakat supaya lebih prihatin terhadap kemusnahan alam sekitar dan nasib rakyat.

Antara yang mencuri perhatian ialah Andien yang menyampaikan mesej penuh empati ketika menerima anugerah Artis Solo Soul/R&B Alternatif Terbaik menerusi lagu Jatuh Pelan.