ALOR GAJAH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek disifatkan sebagai simbol penyatuan di Melaka apabila pencalonan wakil MIC di kawasan majoriti pengundi Melayu itu diterima baik.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kesepakatan itu dapat dilihat menerusi penyatuan gerak kerja bagi memastikan kemenangan BN di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Katanya, calon turut mendapat sokongan bersama jentera Barisan Nasional (BN) dan rakan strategiknya.
"Inilah satu-satunya kerusi yang ditandingi MIC dalam kalangan majoriti pengundi Melayu dan diterima baik.









