Ahmad Fadhli Shaari jangka BN dan PN mampu memenangi 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka berdasarkan unjuran peralihan undi antara kedua-dua gabungan.PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) berpeluang merampas kerusi DUN Ayer Keroh pada PRN Melaka jika ramai pengundi bukan Melayu tidak keluar mengundi, menurut Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Ketika menjadi hos jemputan program audio siar Keluar Sekejap, Fadhli menganggarkan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 21 kerusi dan PN tiga kerusi pada PRN 14 Nov ini, sekiranya 70% undi penyokong dapat dipindahkan antara kedua-dua gabungan.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) juga berisiko kehilangan Ayer Keroh, yang dikuasai DAP sejak 2008, jika kadar peralihan undi antara BN dan PN mencecah 80% atau 90%.