AMPANG JAYA – Seorang pesara swasta berusia 66 tahun mengalami kerugian RM342,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan kasino dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mangsa dipercayai diperdaya selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada Ogos lalu daripada individu tidak dikenali yang meminta bantuan kewangan atas alasan mengalami kerugian dalam sebuah syarikat keselamatan siber kasino di Singapura.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, individu terbabit kemudian memperkenalkan tawaran pelaburan kasino yang menjanjikan keuntungan sehingga menarik minat mangsa untuk menyertainya.

“Mangsa telah membuat pembayaran pelaburan berjumlah keseluruhan RM342,000 ke dalam lima akaun bank.