Port Dickson: Sebanyak 563.612 tan metrik hasil tangkapan ikan didaratkan nelayan di daerah itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, berbanding 653.373 tan metrik sepanjang tahun lalu.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe berkata, jumlah itu hanya mampu memenuhi kira-kira lapan peratus daripada keseluruhan keperluan bekalan ikan di negeri ini.
Susulan itu, beliau berkata, Negeri Sembilan masih bergantung kepada bekalan ikan dari negeri lain bagi menampung permintaan penduduk, namun hasil ikan ditangkap di perairan di daerah ini mempunyai kualiti yang sangat baik.
"Walaupun jumlah tangkapan ikan di negeri ini tidak sebanyak di Pantai Timur, Perak atau Selangor, namun kualiti didaratkan di sini tinggi, kerana nelayan menggunakan sampan atau bot kelas A, bukannya menggunakan pukat tunda yang boleh merosakkan sumber.








