Kota Bharu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia merekodkan 45 kes membabitkan 334 pendatang tanpa izin (PATI) di perairan Kelantan bagi tempoh Januari 2023 hingga Oktober tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 11 kes membabitkan 189 individu direkodkan antara Januari hingga Oktober tahun ini, manakala selebihnya tahun lalu.

Beliau berkata, dua daripada 11 kes yang direkodkan tahun ini disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Katanya, warga Myanmar mencatatkan jumlah tahanan tertinggi bagi tempoh 2023 hingga 2026 iaitu seramai 166 orang, diikuti warga Vietnam (61 orang) dan Thailand (42 orang).