Pengerusi Majlis TVET Negara Zahid Hamidi berkata kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antara kementerian, agensi dan industri melalui penawaran kursus fleksibel serta modular bagi memastikan latihan TVET disediakan kekal relevan dengan pasaran kerja semasa. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Seramai 2,364 pelajar tahfiz mendaftar dalam pelbagai program latihan kemahiran di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari 2023 hingga 2025, kata Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.
Pengerusi Majlis TVET Negara itu berkata, data Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) turut merekodkan 900 pelajar tahfiz berjaya memperoleh pensijilan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F222_620947.png&w=480&output=webp&q=85&we)