Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali bergelar penuntut apabila mendaftar untuk mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) kedua di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memilih bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 sebagai tumpuan pengajian dan penyelidikannya kali ini.

Perkara itu dikongsikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Facebook beliau bersama gambar memaparkan Ahmad Zahid yang menunjukkan kad pelajarnya.

Selain Ahmad Maslan, turut bersama dalam gambar berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.