KUALA LUMPUR: Kepercayaan diberikan Terengganu FC (TFC) menjadi peluang berharga buat pemain tengah, G Pavithran untuk mengorak langkah lebih jauh dalam kariernya selaku pemain muda tempatan.
Peralihan daripada saingan Liga A1 Semi-Pro bersama Johor Darul Ta'zim II (JDTII) JDT ke pentas Liga Super bersama TFC musim ini nyata menjadi satu langkah penting dalam perjalanan karier Pavithran untuk mengembangkan potensinya ke tahap lebih tinggi.
Dengan jumlah 271 minit permainan setakat ini bersama skuad Penyu, pemain berusia 21 tahun itu sedar peluang yang diberikan oleh Nafuzi Zain disifatkan sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin selain perlu menghadapi persaingan sengit bersama pemain-pemain lebih berpengalaman.








