KUALA LUMPUR: Pemenang Hadiah Keseluruhan (Best of the Best) Festival Filem Video Pelajar Malaysia Ke-14 (FFVPM14) bakal menerima Geran Penerbitan Filem Pendek bernilai RM50,000 menerusi Dana Pemangkin Generasi MADANI bagi memperkasa penghasilan karya berkualiti dalam kalangan bakat muda.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata selain geran berkenaan, hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi turut disediakan bagi 22 kategori yang dipertandingkan.

"Semua hadiah ini disediakan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama FINAS menerusi Program Belia Kreatif Komuniti MADANI.

"Saya berharap hadiah ini dapat membuka peluang kepada pemenang untuk mengembangkan idea kepada karya baharu.