KUALA LUMPUR: Lebih 6,000 tapak pembuangan sampah haram berjaya ditutup di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,600 tapak ditutup oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada tahun lalu susulan usaha penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pembuangan sampah secara haram.
Beliau berkata, SWCorp turut diperkasakan menerusi perolehan lebih 100 motosikal pada tahun lalu bagi memudahkan operasi penguatkuasaan, khususnya di kawasan yang dijadikan lokasi pembuangan sampah haram.
"Pengurusan sisa pepejal adalah satu agenda utama untuk kita pastikan negara kita sentiasa bersih supaya rakyat sejahtera. Adalah sangat penting kita nak pastikan persekitaran, alam sekitar negara kita dibela, dipertahankan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat hari ini.








