Nga Kor Ming berkata penutupan tapak pembuangan sampah haram dibuat untuk memastikan persekitaran bersih.KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menutup lebih 6,000 tapak pembuangan sampah haram dalam tempoh tiga tahun lalu, termasuk yang didakwa dikendalikan sindiket bagi mengelak bayaran pelupusan.

Menterinya Nga Kor Ming berkata sebanyak 3,600 tapak ditutup oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) sepanjang tahun lalu sahaja.

“Bagi saya, ini bukan saja haram, tapi haram jadah kerana adalah sangat penting kita nak pastikan persekitaran alam sekitar negara kita dibela dan dipertahankan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) mengenai tindakan terhadap kegiatan pembuangan sampah haram, termasuk dakwaan pembabitan kartel dan kontraktor yang cuba mengelak bayaran pelupusan.