Kuala Kubu Bharu: Syarikat insurans tidak sepatutnya menggunakan prosiding mahkamah bagi melengah-lengahkan tuntutan kemalangan jalan raya atau menekan mangsa supaya menerima ganti rugi lebih rendah, demikian ditegaskan Mahkamah Majistret di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Saifullah Bhatti yang bersidang sebagai majistret berkata, mahkamah mesti menghalang proses kehakiman daripada disalah guna, terutamanya apabila defendan tidak mempunyai pembelaan sah terhadap tuntutan kemalangan berkenaan.

Beliau berkata, litigasi berpanjangan boleh membebankan mangsa kemalangan dari segi kewangan atau menyebabkan usaha menuntut ganti rugi tidak lagi berbaloi.

"Mahkamah tidak boleh membenarkan penyalahgunaan proses kehakiman, termasuk situasi di mana syarikat insurans khususnya, menggunakan proses kehakiman untuk melengah-lengahkan saman.