Kuala Lumpur: Seramai 213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September lalu, susulan taktik sindiket pengedaran dadah yang semakin menyasarkan golongan muda.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sindiket memperdaya golongan muda, termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi, menerusi tawaran pekerjaan bergaji lumayan, pakej percutian, tiket penerbangan, penginapan serta imbuhan kewangan.

Beliau berkata, tawaran yang kelihatan menarik itu sebenarnya mempunyai risiko keselamatan sangat serius apabila individu terbabit dipergunakan untuk membawa dadah merentasi sempadan negara.

"Sindiket ini turut memanfaatkan media sosial, platform e-dagang dan aplikasi komunikasi untuk mempromosi, mendapatkan pelanggan serta menjalankan urus niaga jual beli dadah.