Istanbul: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Turkiye bagi mengadakan lawatan kerja empat hari menjelang Forum TRT World 2026 yang akan membuka tirainya di Pusat Kongres Istanbul, esok.
Ahmad Zahid bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan delegasi Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul kira-kira jam 3.30 pagi waktu tempatan (jam 8.30 pagi waktu Malaysia).
Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Adlan Mohd Shaffieq.
Ahmad Zahid terlebih dahulu akan mempengerusikan mesyuarat pra-majlis bersama pegawai perwakilan Malaysia dan delegasi negara bagi memuktamadkan persiapan sepanjang lawatan berkenaan.








