Ahmad Fadhli Shaari berkata kerjasama Umno dan PAS kali ini lebih berhati-hati kerana kedua-dua parti mengambil iktibar daripada perselisihan lalu dan sedar hubungan mereka perlu diurus dengan baik.PETALING JAYA: PAS mengambil iktibar daripada kesilapan lalu dalam rundingan pembahagian kerusi dengan Umno dan kini lebih bertolak ansur dalam kerjasama antara kedua-dua parti, kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari.

Ketika menjadi hos bersama dalam audio siar Keluar Sekejap, Fadhli berkata PAS sedar tindakan terlalu berkeras dalam rundingan kerusi boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian ketika mengulas pemerhatian Shahril Hamdan bahawa PAS dilihat bersedia menerima pembahagian kerusi lebih kecil dalam kerjasamanya dengan BN pada PRN Melaka.