KUALA LUMPUR - Mayat bayi perempuan dianggarkan berusia tujuh bulan ditemui di kawasan pembuangan sampah di sebuah apartmen di Abdullah Hukum Bangsar di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.43 pagi."Hasil siasatan mendapati, mayat bayi itu ditemui di sebuah tong sampah dan telah di bawa ke Unit Forensik Hospital KualaLumpur (HKL) untuk bedah siasat."Kita masih menjalankan siasatanmengikut Seksyen 31 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis berdekatan.Terdahulu, tular rakaman memaparkan pegawai forensik sedang mengangkat mayat seorang bayi di dalam sebuah tong sampah di lokasi berkenaan.Tindakan tidak bertanggungjawab membuang bayi itu mengundang pelbagai reaksi sedih dan kemarahan orang ramai di media sosial.
Mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah

Key takeaways
Mayat bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui di tong sampah sebuah apartmen di Bangsar, Kuala Lumpur, pada Jumaat. Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 31 Kanun Keseksaan.
- Mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah di Abdullah Hukum, Bangsar, sekitar jam 10.43 pagi.
- Polis Brickfields menyiasat kes ini mengikut Seksyen 31 Kanun Keseksaan.
- Mayat bayi dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Wanita simpan mayat bayi sebelum buang dalam tong sampah
- Sinar Harian Mayat bayi ditemui di kawasan pembuangan sampah (this story)
- Utusan Malaysia Mayat bayi perempuan ditemukan dalam kawasan pembuangan sampah









