KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kembali bergelar penuntut apabila mendaftar untuk mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), semalam.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memilih bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 sebagai tumpuan pengajian dan penyelidikan untuk PhD kedua beliau.
Perkara itu dikongsikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan di Facebook bersama gambar memaparkan Ahmad Zahid yang menunjukkan kad pelajarnya.
Selain Ahmad Maslan, turut bersama dalam gambar berkenaan ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.








