Kuala Lumpur: Pelumba basikal bukit (MTB) negara, Muhammad Syawal Mazlin memasang impian untuk merealisasikan penampilan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) dengan menyasarkan kedudukan dalam kelompok 90 terbaik dunia.
Bagi merealisasikan impian itu, Syawal mengakui dia perlu bekerja lebih keras dengan menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi mengutip mata dan memperbaiki kedudukannya dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Pelumba yang kini berada di ranking ke-326 dunia itu berkata, laluan untuk melayakkan diri ke Olimpik bukan sesuatu yang mudah, terutama dengan persaingan sengit membabitkan pelumba dari rantau Asia.
"Untuk layak ke Olimpik bagi kategori lelaki memang sangat sukar kerana persaingan dalam kalangan pelumba Asia sahaja sudah cukup kompetitif. Kami memerlukan banyak perlumbaan dan pendedahan supaya tidak ketinggalan jauh dalam ranking UCI," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kejohanan Tanjong Malim YDP Cup Mountain Bike International Challenge 2026, hari ini.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F12%2F4754873d2a5bd3e270f2a0a1a6b3f5c6.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
