Perdana Menteri Anwar Ibrahim melihat replika Pusat Pengedaran Global Daiso sebelum merasmikannya di Taman Perindustrian Samudera, Pulau Indah, hari ini. (Gambar Bernama)PULAU INDAH: Kerajaan mahu menjadikan Malaysia hab logistik bertaraf dunia dengan meningkatkan nilai tambah aktiviti perdagangan, bukan sekadar mengendalikan jumlah kargo melalui pelabuhan, kata Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata, pembukaan Pusat Pengedaran Global (GDC) Daiso di Pulau Indah, yang terbesar dalam sejarah syarikat itu, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan ekonomi dan kemudahan infrastruktur negara.
"Langkah seterusnya ialah membina kekuatan itu dengan menangkap lebih banyak 'nilai' yang mengalir melalui pelabuhan kita, bukan sekadar 'jumlah'," katanya ketika berucap merasmikan pusat pengedaran itu di sini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2Fdcdd1306f083c6b94a7cfb86ffdb2c12.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)