KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tok Bali 2045 yang menetapkan hala tuju pembangunan Tok Bali sebagai Bandar Pelabuhan Maritim, Hab Industri dan Pusat Pembangunan yang berdaya maju serta berdaya saing.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, kerangka itu menumpukan tiga komponen utama, iaitu Pelabuhan Bekalan Tok Bali, Tok Bali Integrated Fisheries Park (TBIFP) dan Tok Bali Industrial Park (TBIP).
"Ketiga-tiga komponen ini saling melengkapi dalam membentuk ekosistem ekonomi berasaskan industri maritim, perikanan, logistik serta perkhidmatan sokongan berpotensi membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Norsham Sulaiman (PAS-Semerak) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.









