MELAKA: BERSATU bertekad mahu mempunyai wakil pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, dengan memenangi sebanyak mungkin daripada tujuh kerusi ditandingi, kali ini.
Pada masa sama, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata parti turut menyasar untuk mempertahankan dua kerusi sedia ada iaitu Sungai Udang dan Bemban.
Beliau berkata, kehadiran wakil pembangkang yang kuat dalam DUN Melaka penting bagi memastikan fungsi semak dan imbang serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam pentadbiran negeri.
"Jika rakyat beri peluang kepada wakil kami untuk menyampaikan suara mereka di DUN bagi semak dan imbang.








