KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud penggunaan perihal dagangan palsu membabitkan isu penjualan ayam didakwa tidak halal di Puchong, Selangor.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata peranan KPDN fokus kepada aspek penandaan halal di peringkat runcit bagi memastikan setiap produk dipasarkan bersandarkan kepada sumber betul-betul sah dan halal.

"Tanggungjawab KPDN dalam konteks itu adalah penandaan halal, itu memang bidang kuasa kita.

"Apabila produk dipasarkan di peringkat runcit dan membuat penandaan halal, kita akan buat pengesahan sama ada ia benar-benar bersandarkan sumber halal.