JOHOR BAHRU – Seorang pesara guru berusia 67 tahun mengalami kerugian RM521,787 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, laporan berhubung kejadian itu pada Isnin.Menurutnya, kejadian bermula pada 16 September lalu apabila mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan berkenaan."Mangsa ditawarkan pulangan keuntungan sehingga 50 peratus daripada modal yang dilaburkan selain dimaklumkan hanya perlu membuat pindahan wang ke akaun bank diberikan dan keuntungan akan dimasukkan terus ke akaun miliknya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, percaya dengan tawaran tersebut, mangsa melakukan sebanyak 16 transaksi pindahan wang secara dalam talian antara 17 September hingga 29 Oktober lalu.Katanya, transaksi itu membabitkan enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM521,787 menggunakan wang simpanan peribadi mangsa."Bayaran dibuat atas pelbagai alasan termasuk modal pelaburan, pembukaan akaun pelaburan, tandatangan gentian dan wang cagaran seperti diarahkan individu berkenaan."Bagaimanapun, selepas semua bayaran dibuat, mangsa masih diminta membuat bayaran tambahan sebelum menyedari dirinya berkemungkinan ditipu lalu enggan meneruskan pembayaran dan tampil membuat laporan polis," katanya.Azrul Hisham berkata, siasatan awal sedang dijalankan termasuk menyemak akaun bank yang terbabit, mendapatkan pengesahan transaksi daripada pihak bank serta mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan, khususnya menerusi media sosial.Orang ramai turut dinasihatkan membuat semakan menerusi portal semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi serta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera sekiranya mengesyaki menjadi mangsa penipuan.
Dijanjikan untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787

Key takeaways
Seorang pesara guru rugi RM521,787 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan palsu melalui Facebook.
- Mangsa tertarik dengan tawaran keuntungan 50 peratus daripada pelaburan.
- Mangsa membuat 16 transaksi melalui enam akaun bank berbeza.
- Dia menyedari dirinya ditipu selepas diminta bayaran tambahan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Pesara rugi lebih RM47,000 ditipu pelaburan kripto
- Sinar Harian Dijanjikan untung 50 peratus, pesara guru rugi RM521,787 (this story)
- Utusan Malaysia Pesara guru rugi RM521,787 angkara pelaburan tidak wujud








